【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". ... ...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】
::..Seorang Insan Yang Mengambara Di Bumi Tuhan..::

Thursday 22 November 2012

Suatu hari.. Nabi bertanya: "Siapakah hamba Allah yg mulia?"

Nabi bertanya: "Siapakah hamba Allah yg mulia?"

Sahabat menjawab: "Para Malaikat ya Rasulullah"
Sahabat: "Tentulah para Nabi, merekalah yg mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yg lebih mulia"

Para Sahabat terdiam lalu berkata: "adakah kami yg mulia itu ya Rasulullah?"

Nabi berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu p'juanganku, tetapi bukan kalian yg aku maksudkan..

Nabi menundukkan wajahnya, Baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata..

"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia2 yg lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian..mereka tidak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sgt rindu kpdku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA..MEREKALAH UMATKU!!

Pernahkah anda terfikir? bagaimana reaksi Rasulullah s.w.t apabila melihat umatnya pada zaman skrg ni?? adakah kita tergolong dlm golongan yg dimaksudkan oleh RASULULLAH itu? kita mengaku cinta kan AGAMA! kita mengaku cinta kan RASULULLAH! Tapi..hakikatnya?? apa buktinya??

(T_T) Menangislah wahai teman...

(◕‿◕) Awak.... Tolong baca ni.. (◕‿◕)

"Kita dihidupkan hari ini bukan untuk menyambung maksiat semalam melainkan untuk kembali mencari pengampunan Allah SWT."  
♥ Jangan ulangi kesilapan sama lagi.... Allah ada bersamamu sayang..  
[✘] Rajinkan diri SHARE artikel dakwah biar pahala berpanjangan. (◕‿◕)

Monday 19 November 2012

Lihatlah perbezaannya. Anda mampu mengubahnya.

♥ Wang RM10 begitu besar bila dibawa ke
tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita
bawa ke supermarket.

♥ 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi
betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

♥ Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati
pemutaran filem di panggung wayang.

♥ Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika
berdoa atau sembahyang, tapi betapa
mudahnya mencari bahan percakapan bila
bertemu teman-teman.

♥ Betapa happynya bila menonton bola sepak
yang agak lama, tapi betapa bosannya bila
imam solat jika terlalu lama bacaannya.

♥ Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,
tapi novel best-seller 100 halaman pun habis
dilalap.

♥ Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila
menonton konsert atau pertandingan bola
sepak, dan berebut cari saf paling belakang
bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

♥ Susahnya orang mengajak untuk berdakwah,
tapi mudahnya orang menyebar gossip.

♥ Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat
Khabar, tapi kita sering mempersoalkan apa
yang dikatakan Al-Quran.

♥ Semua orang ingin masuk syurga tanpa harus
beriman, berfikir, berbicara atau pun
melakukan apa-apa.

♥ Kita boleh post ribuan lawak tapi bila post
yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir 2X.

✔ Ramai yang MALU nak SHARE post dakwah tapi Xmalu nak share post2 lawak. (T_T)

USAHA KITA : pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin


Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, serta sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika dan sekutu jahat mereka.

Intai-intai

get this widget here