【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". ... ...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】
::..Seorang Insan Yang Mengambara Di Bumi Tuhan..::

Monday 24 February 2014

THAT was I, THIS is ME...

langkah diatur menuju ke meja studi,,
mug di tangan kanan diletak tepi timbunan buku yang tinggi menjunam di atas meja,,
tubuh dilabuhkan ke kerusi,,
tangan kiri ligat mencari sesuatu di bawah laci meja,,
earphone dicapai,,
lalu di sambungkan terus ke handphone touch screen yang hampir tertimbus di bawah timbunan pelbagai jenis pen dan marker,,
button play ditekan,,
bibir mengamit membaca bismillah,,,
pen disisi dicapai,,
tangan mula berlari diatas helaian kertas kosong yag minta diisi dari tadi,,,

Saturday 22 February 2014

Ketabahan Seorang Wanita :)


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita,Tuhan???" Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?"Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan",Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan,kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan,itu adalah air mata."Untuk apa???", tanya malaikat. Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan. Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.Allah S.W.T berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Friday 21 February 2014

Kisah Wanita Tarim ~♥~


Mengenai wanita di kota Tarim Hadramaut, mereka itu jauh berbeza dengan sebahagian besar wanita-wanita muslimah di dunia. Bahkan di wilayah-wilayah lain di kota Hadramaut juga pun sudah banyak yang pudar ketegasan syariahnya.

 Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan ulama, siang dan malam mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan.

 Mereka dibesarkan tidak kenal muzik, tidak kenal kebiadapan, tidak kenal wajah orang fasiq, bahkan para wanitanya tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja.

 Apabila tiba saat mereka menikah, ditanya pada isteri; Bagaimanakah keadaannya saat awal berjumpa? Ia menjawab; Saya bingung, seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain saudara kandung saya, dan sekarang ini ada lelaki asing duduk di kamar saya. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

 ♡♥Keperluan Rumahtangga

 Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila susu habis misalnya, atau beras, atau apa saja barang dan keperluan seharian yang perlu dibeli, mereka tidak berani memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

 ♡♥ Kamar Tidur yang Wangi

 Isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur berbau wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah ditata rapi, indah dan sangat wangi. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya ditata serapi mungkin. Bukankah wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik?

 ♥♡ Marah Wanita Tarim

 Isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama. Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

 ♥♡ Rumahtangga Nabawi

 Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad SAW dalam rumah tangga nabawi yang sulit kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan mereka.Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahil ‘azim.

 Indah nian gambaran para wanita dan lelaki di Kota Tarim. Allah... Sungguh indah bersama mu wahai Kekasih Hati, wahai Penghulu seluruh manusia. Berbahagialah mereka yang berada di jalanmu, yang sentiasa menghidupkan sunnahmu. Sallu ‘alaih.... Semoga Allah SWT menjaga penduduk di kota seribu ulama ini dan kurniakan juga keindahan pekerti seperti itu kepada para wanita dan lelaki muslim di seluruh dunia ini. 

Renungkan juga satu pesan saya pada semua;

 ~♥~ Andai lahirnya seorang anak perempuan itu, biarlah dia menjadi seperti Saidatina Aisyah isteri Rasulullah SAW, kerana dunia masih lagi kekurangan solehah sepertinya..mampukah kita seteguh wanita Tarim?? ~♥~

Thursday 13 February 2014

Tak Sombong Tapi Tak Peramah


heya ! annyeong ! siapa salah seorang daripada golongan ni sila angkat tangan (gaya macam boleh nampak je siapa yang angkat tangan tu) ,,,
okeylah,, adalah seorang sahabat saya yang comel ni bagitahu bahawa tak ada gunanya kalau tak sombong tapi tak peramah,, betol jugak apa yang dia cakap tu,,
tapi jujur saya cakap yang saya ni one of them,, mungkin taklah tergolong dalam golongan tu,, tapi tempiasnya ada lar juga,, saya ni taklah sombong sangat (ye ke?) tapi taklah peramah sangat (sememangnya!),,

sebenarnya,, kat sini,, saya bukannya nak olah pasal tajuk tu pun,, bukan nak sokong mana-mana pihak,,, hanya nak bagitahu yang nobody perfect (ok,, semua dah maklum tentang tu),,

kaitan apa ??

kaitannya,, ada orang yang mesra alam gilos,, ada orang yang sombong tahap giga,,
yang mesra alam tu mungkin ada udang sebalik mee,, ada sebab kenapa dia mesra,, boleh jadi dia hanya mesra seketika,, sebab nothing imposible,,,
ada orang yang sombong tahap giga,, tapi dengan sesetengah pihak dialah yang peramah gilos,, pijak semut pun tak lenyek,, (pembandingan sendiri)
kadang-kadang perangai manusia ni ikut mood juga,, (terutama perempuan)
dan mood ni bukannya boleh agak-agak,, 
yang peramah pun boleh terkeluar kata-kata yang kurang enak didengari kalau mood tu dah masuk gurun antartika,,, (betol ke gurun tu?)

tapi,, kesimpulannyalah yang boleh saya katakan ialah (macam buat experiment sains je bunyinya),, terimalah orang dengan seadanya,, kalau tak sekepala,, abaikan,, tak perlulah bash dia habis-habisan (kpoper language dia dah keluar dah),, buat dosa free je,,
bak kata -ntahsapentah-,, kalau hati tak suka, jangan dipaksa, kelak diri yang merana,,

so,, tak perlulah kita mempertikaikan sifat/perangan orang,, sebab semua orang berbeza,,, dan kita pun penuh dengan kelemahan,, :)

sekadar kongsian,,, ;) // dont bash me keyh ??

Intai-intai

get this widget here