【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". ... ...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】
::..Seorang Insan Yang Mengambara Di Bumi Tuhan..::

Thursday 22 March 2012

Baik kau beli tudung, lagi murah ♥ ♥ ^^V

A : Wah, cantik rambut..saloon ke ?
B : A'ah, cantik kan ? ^^
A : A'ah, cantik..berapa kau buat ?
B : Hehe, rm80 je
A : Baik kau beli tudung, lagi murah ♥ ♥ ^^V

Jaga Aurat.. Udah2 la tunjuk HOT..

yang Post ''gmbar xde lengan baju , bentuk badan nampak , free hair (walau di luar rumah pakai tudung), posing2 cute2,manja2 dan gedix2 siap nampak lurah dendam ,dan pkai tudung tpi baju ketat sangat ...'' ---> hepiii =) sebab yang ''like'' ramai cecah berpuluh2 an ..

bg yang tgk post tue ..'' tgk and perhati dari a sampai z , naik nafsu syahwat '' --> puas dapat penuhi kemahuan nafsu ... ''

walaupun same2 suke , akhirnya ketahuilah due2 kategori ni --> yang post & yang tgk post same2 dapat Saham ''DOSA '' !!

[♥ popuan tutup aurat , laki jaga mata ♥ ]

>COPY PASTE FB ATOK DON<

Saya lebih perlukan cinta Allah..daripada cinta manusia..

Kerana...
Saya lebih perlukan cinta Allah..daripada cinta manusia..

ALLAHkan sentiasa ada untuk hamba-hambaNya..

Aku tetap "TERTAWA" walau aku sbenarnya ingin "MENANGIS"..
Aku tetap "TERSENYUM" walau aku sebenarnya "KECEWA"..
Aku tetap "KUAT" walau aku sebenarnya "SUDAH LEMAH"..
Aku tetap "SEMANGAT" walau aku "TERTEKAN" oleh masalah..
Dan yang terpenting ↓↓
Aku tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja walau sebenarnya hatiku sedang MERANA kerana aku tahu Allah sentiasa disisiku..♥

Kita pernah "DILUKAI" dan mungkin pernah "MELUKAI"

Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi karena itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan
terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Bagi Siapa Yang Ambil Result SPM

Buat mereka yang dapat keputusan Spm hari ini..
Andai keputusan mu hebat..
janganlah terlalu bangga diri.. Itu adalah anugerah daripadaNya..
Andai keputusan mu tidak memuaskan hati mu..
Usahlah kamu bersedih hati dan berputus asa..
Redha pada Allah..Kuatkan semangat mu dan tabahkanlah hatimu untuk terus melangkah.. =)
ingat..
selepas ini..lebih besar tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.. =)
Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.. =)

*COPY DRPD FB ATOK DON*

Cinta Allah..Cinta Abadi.. =')



"Kalau kita SAYANGKAN seseorang itu,LEPASKAN dia pergi, jangan kita halang dia...Andai sudah TERSURAT dia milik kita, suatu msa nanti dia pasti KEMBALI kepada kita walau SEHEBAT manapun pengganti yang dia JUMPA dan andai kita SAYANGKAN sesuatu benda itu, JANGANLAH kita genggam ia terlampau KUAT, bimbang ianya PECAH didalam genggaman kita SENDIRI...:')
Ingat..Cinta Allah perlu diutamakan..
kerna..Cinta Allah..Cinta Abadi.. =')

Mengumpat



sabda Rasulullah bermaksud :
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi :
“wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allahakan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Without Allah im nothing..

Saat kita tertidur malam semalam..
bukankah jantung itu tetap berdegup tanpa kita perintahkan..
Didalam tubuh kita..
bukankah darah itu terus mengalir dgn begitu sempurna biarpun kita tak pernah memintanya mengalir dlm tubuh badan kita..
Tapi bukankah terus Allah sempurnakan kita..sampai saat ini kita masih hidup..kan..?
Namun kita sering lupa fitrah diri kita sebagai hambaNya..

Without Allah im nothing..

Lah Tahzan...Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita...^_^

Lah Tahzan...Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita...^_^ Janganla bersedih wahai sahabat, Sekiranya engkau beriman kepada Allah S.W.T, Percaya kepada ketentuan qada dan qadarnya, Terdapat hikmah tersembunyi.. Janganla bersedih wahai sahabat, Keterlebihan bersedih itu Akan membuatkan dirimu Dinodai syaitan.... Janganla bersedih wahai sahabat, Kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar Rintihan hamba-hambanya...【ツ】

Masalah perempuan yang selalu sahaja ada masalah dengan kawan perempuan. -----



Soalan: Kawan baik saya selalu tikam belakang saya, fitnah yang bukan-bukan tentang saya. Depan saya mulut manis pijak semut pun mati. Bila saya tahu hal sebenar, kami bergaduh besar. Dia yang bersalah, dia patut minta maaf. Banyak sangat salah dia sampai saya tengok muka dia pun rasa sakit hati. Kalau boleh, saya nak hantar dia ke Kutub Utara biar dia rasa dinginnya hati saya ni skrg. Tapi, dia kawan saya sejak tadika. Apa perlu saya buat sebenarnya?

-----
Jawapan Syabab Musafir Kasih:

Perkara ini sebenarnya mudah sahaja diatasi:-

1. Amalkan konsep, "Yang berlalu, biarkanlah berlalu. Yang di depan biar baik selalu."

2. Berlapang dada. Lupakan saja kisah dia menyakitkan hati anda, anda terasa, dia bersalah, emo sana sini. Tutup sahaja cerita.

3. Berjumpa. Bersemuka. Kelebihan wanita berbanding lelaki. Wanita bila jumpa kawan wanita dapat peluk dan cium kawan wanitanya. Itulah masanya anda meminta maaf dan jangan harapkan dia melafazkan maaf. Minta maaf bukan untuk apa-apa kesalahan. Cuma hanyalah "minta maaf".

4. Jalinkan kembali persahabatan. Buang sahaja di fikiran, "dia salah, aku tak salah." Letakkan di fikiran, "Persahabatan yang berjarak kemudian putus, bukan sunnah Nabi. Aku nak ikut Sunnah, biar apa orang kata."

5. Berdoalah moga hati sentiasa tenang. Hati tenang dari Allah. Bukan dari mana-mana punca. Bukan dari sahabat. Sahabat yang terbaik tiada masa senang, ada masa kita menangis, di sisi waktu kita susah.


---
"Astaghfirullahaladzim."

Apabila Seorang Hanba Allah Jatuh Sakit

Apabila seorang hamba ALLAH jatuh
sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang
maLaikat : ✦ MaLaikat pertama akan mengambiL
seLera makanan. ✦ MaLaikat kedua akan mengambiL
rezeki. ✦ MaLaikat ketiga akan mengambiL
... kecantikan wajah (muka pucat). ✦ MaLaikat ke-empat akan mengambiL
dosanya. ApabiLa sampai waktu yang ALLAH
tetapkan untuk hamba-Nya supaya
kembali sihat, ALLAH akan menyuruh
maLaikat pertama,
kedua dan ketiga supaya memberi
baLik apa yang diambiL oLeh mereka.. Tetapi ALLAH tidak menyuruh maLaikat
keempat
supaya memberi baLik dosa hamba-
Nya tersebut. .

Tuesday 20 March 2012

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR.



malam ni Mierza nak share satu entry yg Mierza terbaca dari fb, haraf dapat dimanfaatkan..

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

Thursday 15 March 2012

Apa Itu Dajjal ?










Nabi Muhammad adalah NABI Akhir zaman yang telah menceritakan segalanya peristiwa sehingga hari kiamat. Nabi Muhammad s.a.w hanya tidak dapat menyatakan bilakah tarikh Hari Kiamat. Maka tak perlu difikirkan.

Masaalah 2012 yang diperkatakan seluruh manusia sekarang adalah merujuk kepada Bab Ke 5. Ia bukannya bab Hari Kiamat. Tetapi bab peralihan tamaddun manusia . Ia pasti berlaku cuma apakah pada 2012 itu adalah haq Allah.

10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam


1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir


Kelahiran Bayi Bermata Satu
Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya : Siapa dajal ? Di mana tempat tinggalnya ? Siapa keturunannya ? Bila dia dilahirkan ? Bagaimana rupa fizikalnya ? Bila dia akan muncul ? Dan bagaimana untuk mengelakkannya ?

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal. Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,"Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya. Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong. Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati. "Tertulis di dahinya perkataan, 'Kaf-Fa-Ra' (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca. "Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia," jelas Fadlan. Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, "Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka."



Keistimewaan Dajjal
Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya :

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, "Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti ?"
Rasulullah menjawab, "Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka."

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, "Kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini ? " Nabi menjawab : "Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang." Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, "Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah." Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

Bila Dajjal Dilahirkan ?
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai Al-Masihi Ad-Dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog antara Tamim dan al-Jassasah.


Al-Jassasah : Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim : Siapakah kamu ?

Dajal : Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu ?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim : Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal : Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah ?

Tamim : Ya.

Dajal : sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya ?

Tamim : Airnya banyak lagi.

Dajal : Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim : Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal : Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya ?

Tamim : Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal : Betulkah itu ? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah Al-Masihi Ad-Dajal. Sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

Tempat Persembunyian Dajjal
Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya, : "Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur)" - Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan." - Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan." - Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

Menerusi penyelidikan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Cara Mengelakkan Fitnah Dajjal
Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, "Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal."

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, "Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya."

sebuah pengalaman

sebuah pengalaman cukup mengajar kita bhawa siapa kita & siapa Allah yg hakiki.. cukp mmbri kesan dhati. ucpn 'aku tak mmpu Ya allah' biasa tkluar dr hati kita.. rintihlah pd Ilahi krn Dia sememangnya menanti rintihn hmbaNya.. Andai tidak dtimpa ujian ini, adakah kita akn mengingati Allah.. tnyalah iman, kirna ia bisa mmbri jwpn yg paling jujur.. tidak Allah timpakn ujian melainkan kita mmpu menghadapinya.. & tidak Allah mencabut sesuatu mlainkaan mengantikn dgn yg lebih baik.. nantikan hikmahNya.. pasti diri mu t'snyum pnuh keredhaan...

Kiyai dan 3 Soalan 1 Jawapan!

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama…kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Wednesday 14 March 2012

Cinta atau Nafsu

"Saya benar-benar cintakan awak" bicara si lelaki.
"Emm, Apalah buktinya?" duga si gadis.

"Awak, saya sanggup korbankan segalanya demi awak. Lautan api sanggup saya redah.." sungguh-sungguh si lelaki bermadah dengan si gadis.

Situasi lain:
"Eh, kenapa kau tak terima je cinta dia?"
"Aku tak dapat terima cinta dia la sebab hati aku ni tak de feel langsung kat dia.."

C.I.N.T.A
Cinta.
Sayang.
Suka.
Minat.
Tangkap cintan.
Dan pelbagai lagi istilahnya ini menjurus kepada perasaan 'syok' seseorang kepada seseorang yang lain.
Rata-rata yang sering membicarakan soal CINTA atau lebih tepat lagi di sini cinta sesama makhluk yang berlawanan jenis ini adalah dari kalangan remaja.
Remaja dan Cinta. Ibarat isi dengan kuku. Bagai tidak dapat dipisahkan. Namanya remaja 'surely have an experience about LOVE'!

Namun, adakah kita benar-benar faham dengan istilah cinta ini?
Adakah CINTA atau ia hanya NAFSU (keinginan hati) semata-mata?
Kenapa di sini saya kaitkan antara nafsu dan cinta?


Dalam Islam mengajar uda dan dara bagaimana untuk cinta dan berkasih sayang. Islam is perfect! Soal cinta pun ada.

Buktinya:

Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.

Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra)

Cinta kerana Allah ini sudah pastinya dihiasi dengan ketaatan terhadap setiap suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-NYA.
Cinta yang halal bagi seorang lelaki dan perempuan adalah melalui pernikahan.

Lalu bagaimanakah? Adakah anda bersedia menetapkan hati agar mencinta si dia hanya kerana Allah?

Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: "Tetapi aku sholat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku." Muttafaq Alaihi.

Persoalan yang ingin saya lontarkan di sini adalah:

Pernikahan yang bagaimana?
Adakah cukup dengan perasaan 'suka-suka'?

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia." Muttafaq Alaihi dan Imam Lima.

Inilah jawapannya!


Mencintai seseorang di sisi Islam bukanlah "dari mata turun ke hati" tetapi ianya dari IMAN.
Cinta yang berlandaskan material semata belum tentu mendapat redho Allah.

Cinta yang selalu mengutamakan "apa yang dirasa oleh hati" tanpa berbalik kepada persoalan agama inilah yang selalu membawa kecundang di kemudian hari.

Tetapi, jika yang mendahului cinta itu adalah iman dan 'ilmu agama yang sentiasa mendorong 'aqal agar bijak memilih pasti Allah sentiasa meredhoi perasaan yang wujud itu.

Wallahua'lam.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis
Srikandi Al-Azwa Mantan Exco Jawatankusa Kebajikan Mahasiswa UMS sesi 10/11, Ahli Panel "Kerana Kau Begitu Berharga" di UiTM Kota Kinabalu, Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) Sabah sesi 11/12, Timbalan Presiden II Gerakan Mahasiswa Islam (GAMIS) Sabah sesi 11/12. Beliau berkongsi karya di http://tinta-srikandi.blogspot.com.

Mengharap Ma’sum Dari Orang Yang Tidak Ma’sum?

Anda Pernah Dikutuk?
Anda pernah dikutuk dan dicaci?
Dikatakan jahil?
Dikatakan jahat?
Dikatakan memandai-mandai?



Tersenyumlah.

Bukan anda seorang sahaja yang pernah diperlekehkan. Saya juga pernah. Para ulama' juga pernah. Rasulullah SAW juga pernah.

Allah SWT juga pernah.Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan." (Surah al-An'am: 108).

Tatkala dikutuk, anda rasa terhina, marah dan geram?

Tersenyumlah. Orang yang mengutuk diri kita yang tidak ma'sum ini mungkin ikhlas ingin membetulkan kesalahan kita. Namun, kita tidak perlu merendahkan akhlak diri kita dengan meniru balik caranya itu. Tahanlah diri dari mengutuk balik. Tahanlah diri dari mencaci-maki. Tahanlah diri dari menghina semula.

Bicaramu Menusuk Kalbu
Berkata Prof. Syeik Dr. Yusuf al-Qaradhawi, "Islam telah mengajar kepada saya untuk menyalakan pelita dan tidak dengan asyik mengutuk-ngutuk kegelapan, dengan menjelaskan kebenaran dan bukan dengan asyik mencaci-maki kebatilan."

Damainya kata-kata ini. Beliau berkata lagi, "Manhaj saya sepanjang hayat, saya harus membangun dan bukan menghancurkan, dan menghimpun bukan mencerai beraikan. Akan saya biarkan setiap orang memilih sesuai pilihannya.
"Lebih menyejukkan hati, beliau berkata, " Saya tidak akan pernah memaksa orang lain untuk melakukan apa yang menjadi pendapat dan ijtihad saya.

Sebagaimana mereka juga jangan sampai menyuruh saya mengambil pendapat dan ijtihad mereka. Jika Allah telah memerintahkan Rasul-Nya untuk berkata kepada orang-orang kafir dengan firman-Nya, "Untuk kalian agama kalian. Untukku agamaku." (Al-Kafirun: 6), maka mengapa tidak saya katakan kepada saudara-saudara saya kaum muslimin, "Bagi kalian ijtihad kalian dan bagi saya ijtihad saya. Bagi saya amal saya dan bagi kalian amal kalian."

Di Mana Penunggang Kuda yang Tidak Pernah Jatuh?
Wahai anak-anak muda yang berkobar-kobar, dengan kecanggihan teknologi yang membolehkan perbincangan kita dibaca oleh seluruh dunia hanya dalam beberapa saat, pelbagai perkara buruk dan baik tersebar cepat.

Berhati-hatilah dengan perdebatan tanpa hujung sehingga terheret kepada perbuatan mencela-cela orang lain, apatah lagi mencela ulama'.

Anda kecewa dengan kesalahan insan yang anda kagumi?Sama-sama kita renungi kata-kata Syeikh Al-Qaradhawi ini, "Sesungguhnya orang-orang yang menjatuhkan nama-nama ulama besar kerana sebahagian kesalahan yang mereka lakukan bukanlah orang-orang yang bersikap adil dan tidak pula termasuk orang-orang yang tepat dalam mengambil sikap.

Sebab mereka menuntut kema'suman dari orang yang tidak ma'sum (terpelihara dari kesalahan). Di mana ada penunggang kuda yang tidak pernah jatuh? Di mana ada pedang yang tidak pernah tumpul? Di mana ada bendera yang terus berkibar?"Jika ada insan yang kita iktiraf sebagai ulama' itupun menunjukkan contoh suka mencela, ambillah kebaikan daripada ilmunya, hormati dia, sayangi dia, doakan dia dan tinggalkan perbuatan suka mencela itu, jangan diambil sekali. Begitu juga sikap kita terhadap ibu bapa, guru, rakan dan sesiapapun jua. Jika sikap suka 'meraikan' ini diaplikasi, dada kita sentiasa lapang dan berbahagia.

Pesan Syeikh Dalam Mensikapi Golongan Muda


Berkata Syeikh Al-Qaradhawi , "Sesungguhnya kekerasan tidak harus dihadapi dengan kekerasan. Hendaknya kita memperlakukan anak-anak muda yang penuh semangat itu dengan semangat kebapaan yang menyejukkan.Jauh dari kata-kata kasar dan keras.Tidak banyak menyalahkan mereka.Jangan menghina mereka.Jangan pula kita berbicara dengan mereka dari menara-menara yang tinggi menjulang dengan perasaan membanggakan diri kepada mereka atau berlepas diri dari mereka sehingga hanya akan menimbulkan jurang lebar antara kita dan mereka. Sehingga mereka tidak menaruh kepercayaan kepada kita dan tidak mahu mendengarkan perkataan kita."

Ayuh, Ciptakan Sejarah!

Kita mungkin pernah buat salah dalam tugasan yang diberikan oleh guru atau pensyarah.
Kita mungkin pernah buat salah dalam melaksanakan arahan ibu dan ayah.
Ketika baru bertatih di dunia kerjaya, mungkin kita banyak buat salah.
Dalam hidup ini, betul dan salah adalah lumrah. Kita tidak dapat lari daripadanya.
Positif pada lumrah kehidupan ini akan menjadikan kita terus bersemangat untuk meneruskan langkah, biarpun kita pernah, sedang atau akan membuat salah.

Maka: Jangan buat salah!Jangan terlalu kecewa andai tersalah.Jangan takut nanti salah. Jangan ulangi perkara salah. Jangan pula merasakan diri tidak pernah salah.Jangan cepat mengutuk orang yang bersalah. Jangan mencari-cari pada orang lain perbuatannya yang salah.

Syeikh al-Qaradhawi berpesan agar memenuhi kalbu kita dan anak-anak kita dengan iman, cita-cita dan tekad serta percaya sepenuhnya kepada Allah SWT dan kepada diri kita sendiri. Kita harus membebaskan dari dari mengharap adanya seorang pemimpin yang mendapat wahyu, seorang pemimpin yang tidak pernah salah. Sedangkan bersandar kepada kekuatan rakyat itulah yang akan melahirkan sejarah. Ayuh!!!

- Artikel iluvislam.com

Artikel hasil nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Beliau merupakan penulis novel tauhid. Terbaru beliau menghasilkan novel Sebarkan CintaMu terbitan PTS. Beliau juga menulis di http://sebarkanbahagia.blogspot.com

Kisah Tauladan Buat Semua Semoga Dapat Manfaat..



| Kenapa Allah Cipta Neraka ? |

Ini kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insafdan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

http://sinarmawaddah.blogspot.com/

Tuesday 13 March 2012

sedarkah kite ??!!

hey ! hey ! hey ! tgk tjuk kt ats 2.. ni mmg kne pdm.. demi Islam !

Buka Komputer/Laptop anda
pada "Local Disc (C)"
Lalu klik "Program Files"
Kemudian klik "Microsoft Office"
Lalu klik "MEDIA"
Dan klik "CAGCAT10"
Terakhir Cari gambar no.
"J0285926" kemudian di klik
Anda akan menjumpai gambar
lambang/bendera Star of david ZIONIS Yahudi Laknatullah
lengkap (sama dengan warna
aslinya), dengan lilin (peralatan
ibadah mereka).

DELETE gambar tersebut.
Dan perlu diketahui, gambar
tersebut ada di seluruh PC dan
Laptop.

SEBARKAN kepada saudara2 umat
Muslim di dunia !!

Monday 12 March 2012

70 Dosa Besar dalam Islam

Beberapa dosa besar atau kaba'ir dalam Islam adalah sebagai berikut:
1. Menyekutukan Allah atau Syirik
2. Membunuh Manusia
3. Melakukan Sihir
4. Meninggalkan Shalat

5. Tidak Mengeluarkan Zakat

6. Tidak Berpuasa ketika bulan Ramadhan tanpa alasan yang kuat

7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkecukupan

8. Durhaka Kepada Ibu Bapa

9. Memutuskan Silaturahim

10. Berzina

11. Melakukan Sodomi atau Homoseksual

12. Memakan Riba

13. Memakan Harta Anak Yatim

14. Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul-Nya
15. Lari dari Medan Perang
16. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
17. Sombong

18. Saksi Palsu

19. Meminum minuman beralkohol

20. Berjudi

21. Menuduh orang baik melakukan Zina

22. Menipu harta rampasan Perang

23. Mencuri

24. Merampok

25. Sumpah Palsu

26. Berlaku Zalim

27. Pemungut cukai yang Zalim

28. Makan dari harta yang Haram

29. Bunuh Diri

30. Berbohong

31. Hakim yang Tidak adil

32. Memberi dan menerima sogok

33. Wanita yang menyerupai Lelaki dan sebaliknya juga

34. Membiarkan istri, anaknya atau anggota keluarganya yang lain berbuat mesum dan memfasilitasi anggota keluarganya tersebut untuk berbuat mesum

35. Menikahi wanita yang telah bercerai agar wanita tersebut nantinya bisa kembali menikah dengan suaminya terdahulu

36. Tidak melindungi pakaian dan tubuhnya dari terkena hadas kecil seperti air kencing atau kotoran

37. Riya atau suka pamer

38. Ulama yang memiliki ilmu namun tidak mau mengamalkan ilmunya tersebut untuk orang lain

39. Berkhianat

40. Mengungkit-Ungkit Pemberian

41. Mangingkari Takdir Allah SWT

42. Mencari-cari Kesalahan Orang lain

43. Menyebarkan Fitnah

44. Mengutuk Umat Islam

45. Mengingkari Janji

46. Percaya Kepada Sihir dan Nujum

47. Durhaka kepada Suami

48. Membuat patung

49. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala

50. Menggangu Orang lain

51. Berbuat Zalim terhadap yg lemah

52. Menggangu Tetangga

53. Menyakiti dan Memaki Orang Islam

54. Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik

55. Memakai pakaian labuhkan Pakaian
56. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57. Seorang hamba (budak) yang lari dari Tuannya
58. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T

59. Seorang yang mengaku bahwa seseorang itu adalah ayahnya namun dia tahu bahwa itu tidak benar

60. Berdebat dan Bermusuhan

61. Enggan Memberikan Kelebihan Air

62. Mengurangi Timbangan

63. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T

64. Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T

65. Meninggalkan Solat Berjemaah tanpa alasan yang kuat

66. Meninggalkan Solat Jumaat tanpa alasan yang kuat

67. Merebut hak warisan yang bukan miliknya

68. Menipu

69. Mengintip Rahasia dan Membuka Rahasia Orang Lain

70. Mencela Nabi dan Para Sahabat Beliau

Thursday 8 March 2012

Apabila Prof Sains Sosial mensyarahkan hadis Rasulullah


Prof Wan adalah seorang profesor dalam bidang Sains Sosial. Subjek yang diajar beliau kepada kami adalah Penyelidikan Sains Sosial SSZK 2003. subjek ini berkaitan metodologi kajian bagi penulisan tesis dan laporan kajian.

Saya sedikit pelik kenapa beliau sering menjadikan orang tua sebagai subjek contoh bagi memberikan penerangan kepada kami. Antara yang sering beliau kemukakan sebagai contoh adalah kajian mengenai faktor kebahagiaan warga emas. Kadang-kadang mengenai pemahaman agama warga emas dan sebagainya.

Beliau menerangkan mengapa beliau begitu tertarik sehingga subjek warga emas dijadikan asas kajian beliau sehingga sekarang.

Kata beliau, "Dunia orang tua adalah dunia yang istimewa, mereka pernah muda seperti kita namun kita belum pasti dapat merasai usia tua seperti mereka. Lagipun dengan mengkaji warga emas ini, saya lebih memahami generasi masa kini."

Sambung beliau, "Antara yang saya sangat tersentuh adalah gejala menghantar emak dan ayah yang sudah tua ke rumah orang tua atau membiarkan mereka hidup sendirian di kampung tanpa sebarang penjagaan yang sebaiknya.

Namun kita tidak boleh terus menghukum si anak sebagai derhaka kerana mesti ada sebab mengapa mereka sanggup berbuat demikian."

Beliau mengunjurkan persoalan kepada kami, "Mengikut pandangan tuan-tuan, apakah faktor anak-anak masa kini tidak 'menjadi'?" disoroti wajah kami satu per satu mengharapkan lontaran buah fikir.

Masing-masing membisu, mungkin sedang bermuhasabah dan mengenangkan untung nasib sendiri andai sempat menginjak usia emas kelak.

"Menurut pemerhatian dan rekod-rekod yang saya ada selepas menjalankan temu ramah kepada mereka, antara soalan yang saya tanya adalah bagaimana hubungan mereka dengan ibu bapa masing-masing dahulu. Kebanyakan daripada mereka menyatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa masing-masing," terang beliau.

Kami terus diam, tekun menadah telinga.
Kemudian beliau berkata, "Menurut pengetahuan saya yang kurang ilmu agama ini, ada hadis soheh Rasulullah yang mengatakan bahawa redha Allah itu ada pada redha kedua ibu bapa. Ini bermakna kalau ibu bapa tidak redha, marah dan terasa hati dengan kita secara automatiknya Allah juga tidak akan memberikan rahmatnya kepada kita."


"Ini sungguh benar. Saya perhatikan orang-orang sekeliling saya khususnya saudara mara dan kawan-kawan. Saya sering mendapati, andai mereka tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa, jarang anak mereka yang 'menjadi'. Malah saya boleh katakan ianya ada tingkatan yang tertentu, sebagai contoh jika mereka itu boleh dikatakan sebagai derhaka kepada ibu bapa mereka makan anak-anak mereka selain daripada menderhaka malah terlibat juga dengan kes dadah serta mungkin sehingga kepada jenayah bunuh, rompak dan sebagainya."

"Bagaimana logiknya sepasang suami isteri yang cukup sederhana, tidak berpendidikan tinggi malah mungkin tidak pandai membaca pun namun anak-anak yang mencapai angka belasan itu semuanya menjadi, menjawat jawatan profesional sehingga menjadi agamawan. Semuanya 'menjadi', tidak tertinggal seorang pun, malah beliau begitu disayangi dan dihormati anak-anaknya. Saya yakin anak-anak mereka tidak akan menghantar orang tua mereka ke rumah orang tuan walau apapun yang berlaku."
Saya lihat wajah kawan-kawan sekelas saya berkerut-kerut, entah sama ada bersetuju atau sedang mengingat kes-kes sama yang mungkin tersimpan dalam memori masing-masing. Kami benar-benar tenggelam dalam muhasabah.

Beliau meneruskan lagi, "Apabila ibu bapa tidak redha kepada kita, bagaimana Allah akan meredhai kita. Justeru tidak peliklah anak-anak kita mungkin terlibat dengan gejala-gejala sosial yang semakin membejat hari demi hari. Memikirkan hal ini benar-benar menyesakkan dada dan minda mereka yang bergelar ibu dan bapa masa kini.

Kita mungkin sahaja sudah memberikan kasih sayang yang secukupnya, ilmu agama yang sebaiknya namun anak-anak ini bukan sentiasa akan berada dalam jagaan kita. Siapa tahu apa yang mereka buat tatkala mereka berada di universiti dan jauh daripada pandangan kita, apatah lagi yang berada nun jauh di luar sana. Kita sebagai ibu bapa tidak lagi mampu menjadi penjaga mereka. Saat itu kepada siapakah yang kita dapat harapkan bagi menjaga anak kita itu?"

Sekali lagi tiada jawapan tuntas daripada kami. Masing-masing lebih selesa melayan rawan masing-masing.

"Allah... hanya Allah yang dapat menjaga hati-hati anak kita ini agar tidak tergerak bagi melakukan perkara-perkara yang salah. Justeru, bagaimana Allah mahu menjaga mereka andai redha-Nya tidak ada bersama kita kerana kita tidak terlebih dahulu mendapatkan redha kedua ibu bapa kita. Kata kuncinya adalah redha kedua ibu bapa".

Bergema dalam minda dan sanubari kami semua pada saat itu, "Redha ibu bapa... adalah redha Allah dan redha Allah adalah kunci kejayaan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat."

Kami benar-benat kekeyangan, selingan syarah hadis berkenaan dengan redha ibu bapa itu benar-benar memberikan kami sesuatu yang bermakna.

Kuliah sepanjang empat jam genap tanpa ada 'take five' itu memberikan satu suntikan keinsafan yang masih hangat hingga saat ini.

- Artikel iluvislam.com

Ditulis oleh Tuan Zahiruddin Zabidi. Beliau adalah kolumnis tetap iluvislam.com. Beliau juga penulis novel sejarah Islam dan penulis novel islami. Beliau banyak menulis di http://kalamkhalifah.com/

Pesanan Buat Pendokong Kebenaran

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Petikan : 10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

Artikel dipetik daripada http://zainurrashid.com


Intai-intai

get this widget here