【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". ... ...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】
::..Seorang Insan Yang Mengambara Di Bumi Tuhan..::

Monday 30 April 2012

Cantik ? ?

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.

Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.

Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.

Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik.

Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.

Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan.

♥ Syaesh Schazni ♥

Malunya pada ALLAH swt

Bila kita bertemu orang tersayang,
kita berhias diri,
berpakaian cantek,
berwangi-wangian,
degupan jantung berdegup-degup
hati rasa berdebar-debar
hati juga rasa teruja untuk bertemu
bila yang tersayang berkehendakkan sesuatu
cepat-cepat kita usahakan
lantas tidak mahu yang tersayang itu kecewa
tapi...

Bila kita bertemu yang menciptakan kita,
yang begitu kasih dan sayang pada kita,
yang memberi nikmat hidup kepada kita,
yang meniupkan ruh kepada kita,
yang begitu belas kasihan kepada kita,
kita berpakaian yang biasa-biasa,
kadang-kadang dicalitkan sedikit wangi-wangian,
perasan teruja jarang-jarang ada,
malah ada yang berasa berat untuk bertemu
dan ada juga yang tidak mahu bertemu
bila Dia memanggil pun tidak kita sahuti panggilanNya
yang disuruh pun selalu tidak kita penuhi
yang dilarang pun selalu juga kita langgari
sedangkan Dialah yang Maha Menciptakan kita
Dialah yang memegang dan menguasai nyawa kita
Tanpa Dia...
kita tidak punya ruang untuk bernafas di muka bumi

Tidakkah kita malu padaNya
ALLAH Al-Khaliq, Ar-Rahman, Ar-Rahiim???

Perhatikanlah dialog Rasulullah S.A.W dengan para sahabat dalam sebuah majlis.

Baginda bersabda, ”Malulah kepada Allah dengan sebenar-benarnya.” Para sahabat menjawab, ”Wahai Nabi Allah, kami memang malu kepada Allah dan sentiasa memuji-Nya.” Nabi bersabda, ”Bukan begitu yang saya maksudkan. Tetapi, orang yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya mestilah menjaga kepala dan fikiran yang terkandung di dalamnya. Hendaklah juga menjaga perut dan apa yang dikumpulkan di dalamnya, dan hendaknya dia mengingati maut dan bencana yang akan menimpanya. Siapa yang menginginkan akhirat, maka dia mesti sanggup meninggalkan kegemerlapan hiasan dunia.” (Riwayat Imam At-Tirmizi)
By: Banyak Dosa-Dosaku pada-Mu Ya Allah

9 Pembaziran

‎9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:
Pembaziran yang manusia sering buat. Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran :-

1. Ilmu pengetahuan Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2. Amalan Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3. Kewangan Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4. Hati (Niat) Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5. Tubuh badan Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Cinta Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Masa Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8. Akal Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9. Zikir Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati. Wallahualam;

say Alhamdulillah..

Say Alhamdulillah When You Sit With Your Family,
As There Is Someone Somewhere Wishing To Have One.

Say Alhamdulillah When You Go To Work,
As Many People Are Still Looking For A Job.

Say Alhamdulillah Because You Are Healthy,
As The Sick Ones Wish To Buy Health No Matter How High The Price Is.

Say Alhamdulillah Because You Are Still Alive,
As The Dead Would Wish To Come Back To Life To Do Good Deeds.

Say Alhamdulillah Because You Worship ALLAH,
As Others Worship Idols and Money.

Ketika Kita Mengeluh..

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”. اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”. اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”. اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "

Saturday 28 April 2012

Wahai Muslimah



Duhai muslimah,usahlah menghukum diri kamu jika kaum Adam terjatuh hati pada kamu kerana agama yg ada padamu kerana cinta yg hadir dalam diri mereka itu bukan kamu yg berikan..
Ingat,jangan kamu hukum diri hanya kerana menganggap kamu gagal menjaga dirimu..
Sedarlah,semakin mantap imanmu,semakin besar ujian yg Allah s.w.t akan berikan..ujian setanding dgn kemampuan seseorang..kemampuan itu jelas bererti ilmu dan iman yg ada..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sungguh besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya dugaan dan sungguh Allah s.w.t apabila mencintai suatu kaum,diujinya mereka dengan dugaan..Untuk itu, barangsiapa yangg redha maka baginya keredhaan dari Allah,sedang barangsiapa yang marah maka baginya kemarahan dari Allah."
(HR Tarmidzi)

Dan kerap kali muslimah menyalah2kan diri bila ada kaum Adam yg menyatakan perasaan ataupun menunjukkan minat pada dirinya dan terlahir di bibirnya:
"Ya Allah,aku sudah menjadi fitnah buat diri mereka" lalu dihukum dirinya..
Sebaliknya,perkasakan dirimu dgn tarbiah dan amal soleh..berlagak biasa sahaja dgn mereka dan jaga tingkah laku agar mereka tidak terpesona dgn suaramu yg manja atau kerenahmu yg keanak2kan dan mempersonakan..jika boleh,bertegaslah dgn dirimu sendiri..
Wallahu a'lam~

CARILAH



LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .

JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA

Jika RINDUKAN SESEORANG

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"

Cinta..

Lumrah manusia...sebiji epal terkadang terlihat kecil oleh seseorang namun pada hakikatnya membawa impak yang besar dalam pembangunan fizikal diri. sepertilah cinta, orang hanya memandang dengan pandangan kasar bahawa cinta itu adalah sekadar pelengkap hidup dan sesuatu yang hadir sebagai satu kemestian untuk meneruskan kelangsungan hidup, namun pandangan mata yang jernih dengan keupayaaan mentafsir sering dikaburkan dengan fikrah ini. Hakikatnya ramai yang tidak menyedari.. cinta itu bukan sekadar apa yang kita lihat , rasa, dengar, sentuh dan sebagainya.... Cinta yang sebenar ialah yang menyediakan jalan yang berdebu dan onak kepayahan buat sang hamba menuju kearah Penciptanya.. Cinta bukanlah satu destinasi namun cinta adakah kenderaan untuk sampai ke destinasi kelak. Cinta bukan untuk dirungkai namun untuk merungkaikan.. Cinta bukan sekadar "apa","mengapa" dan sebagainya namun cinta sebenarnya adalah "anda dan "bagaimana" . Istilah "CINTA" ini memang menakutkan bagi segelintir orang tetapi itulah cinta. jika tidak kena jalannya rosaklah ia samalah seperti keretapi yang salah kerana melalui jalan raya bukan pada landasannya yang telah disediakan. Semua orang mahukan cinta namun tidak semua orang tahu bagaimana untuk menjaganya tika ia ada, perlu diingat cinta bukan untuk dihindar bahkan bukan untuk dimusuhi.. gunakanlah ia dengan seeloknya sejajar syariat yang digariskan Islam. "Islam itu indah" , andailah kamu tahu. Sekadar luahan fikiran fikrah bagi hati yang semakin lemas dalam gelora arus taktikal duniawi.. Wallahu'alam.

Thursday 26 April 2012

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur







Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya. Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut. Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!! Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya. Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki. Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. 


Sumber Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur : apecerita 
 Sila like Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur

Thursday 19 April 2012

KELEBIHAN- KELEBIHAN MEROKOK~





Menjadikan perokok seorang yang penyabar..
Walaupun batuk-batuk dan tersedak sampai jantung rasa macam mau tercabut, tetapi si perokok tetap akan bersabar dengan keadaannya dan meneruskan aktiviti merokok seperti biasa..

2. Tidak membazir duit..
Duit yang dimiliki oleh perokok tidak akan terbazir begitu saja akibat dicuri pencuri kerana banyak daripada duit tersebut dilaburkan ke dalam pelaburan membeli rokok..

3. Mengawal populasi penduduk dunia..
Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak dengan mati awalnya golongan-golongan perokok..

4. Membuatkan bumi kelihatan hijau..
Tanaman tembakau yang diperlukan untuk membuat rokok dapat menyuburkan lagi bumi dan membuatkan bumi sentiasa kelihatan hijau..

5. Menjadikan perokok awet muda..
Mereka sentiasa akan menjadi muda kerana kebanyakan perokok mati di usia yang muda dan jarang yang hidup sampai ke usia tua..

6. Sikap peramah terbit dalam diri..
Perokok sering merokok di kawasan-kawasan awam dan mereka selalu bersikap peramah dengan memberikan asap rokok percuma kepada semua orang walau pun tidak pernah kenal..

7. Jimat kos ubat nyamuk..
Asap rokok yang dihembuskan boleh diguna untuk menghalau nyamuk-nyamuk daripada menggigit badan perokok tanpa menggunakan ubat nyamuk..

8. Membantu meningkatkan gaji cleaner..
Pakcik-makcik cleaner senang dapat gaji overtime bila sepanjang masa ada saja puntung atau abu rokok yang perlu dibersihkan mereka..

9. Menambah pendapatan para doktor..
Setiap hari pesakit yang disebabkan oleh rokok menjadi semakin bertambah dan ini menambahkan bilangan masa bekerja bagi para doktor seterusnya meningkatkan pendapatan mereka..

10. Membawa orang sekeliling merasai penderitaan..
Keluarga dan rakan-rakan si perokok dapat merasai penderitaan si perokok melalui asap rokok yang merosakkan kesihatan mereka semua..

11. Tidak perlu menghidu bau-bauan di jamban..
Dengan menghisap rokok, perokok tidak akan terhidu bau tahi sebaliknya mereka hanya akan terhidu bau asap rokok dan ini akan memudahkan lagi kerja mereka..

12. Melepaskan stress perokok..
Orang yang menghisap rokok tau mereka akan mati awal dan sebab itulah mereka kembali tenang kerana bila mereka sudah mati sudah tentu mereka tidak akan stress lagi..

p/s= So perokok-perokok sekalian, teruskan merokok.. Hiduplah dengan pantas, matilah dengan cepat ...hehe ♥ ^___^.

Bacalah untuk pengajaran dan silakan share..

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..

Bukankah kerana DIA ?


Bukankah kerana DIA..hari ini kita masih bernyawa .
Bukankah kerana DIA..hari ini kita masih bisa membuka mata .
Bukankah kerana DIA..hari ini kita masih bisa bersuara .
Bukankah kerana DIA..hari ini kita masih ada di dunia .

Namun bersyukurkah kita atas setiap nikmat yang dikurniakanNya?
ucapkanlah Alhamdulillah.. :')

Kamu terlalu sayang kekasih kamu ?

Kamu terlalu sayang kekasih kamu ? Kononnya dialah cinta sejati ?,
Kamu teramat sayang kekasih kamu ? Kononnya nak sehidup semati ? ,
Kamu gila2 sayang kekasih kamu ? Kononnya nak bersama hingga ke syurga nanti ? ,

Kekasih kamu tu ke yang hidupkan kamu ? Kekasih kamu tu ke yang mengalirkan darah dalam badan kamu tu ? Kekasih kamu tu ke yang beri rezeki kat kamu ? kekasih kamu tu ke yang beri segala nikmat pada kamu ?!

Kamu masih bernafas sehingga hari ini pun semuanya kerana Allah , apa yang ada pada kamu sekarang tu pun semua kerana Allah . Ingat.. SEMUA KERANA ALLAH !

Friday 13 April 2012

Terhindar dari Azab Kubur kerana Sering Wudhu






Ada seorang insan yang bernama Sulaiman bin Mihrain Al-A'masy. Beliau ini selalu menjaga kesucian dirinya dari hal-hal yang membatalkan wudhu. Ketika ia batal dari wudhunya, cepat-cepat ia mengambil air wudhu lagi. Pakaiannya terlihat begitu sederhana saja, bahkan teramat sederhana. Ketika seorang tabi'in menghadiri majlis, penampilannya menjadi perhatian banyak orang. Dialah Sulaiman bin Mihram, seorang uama yang tak begitu memperhatikan penampilannya. Sosok Sulaiman ini unik hingga sering kali membuat orang lain bingung, bahkan tidak sedikit pula yang meremehkannya. Pernah pada suatu ketika Sulaiman menghadiri majlis bersama Ibnu Abi Laila, semua pandangan orang tertuju kepada Sulaiman yang pakaiannya lusuh tak bernilai. Salah seorang yang hadir di majlis itu bertanya kepada Ibnu Abi, "Wahai Ibnu Abi, kamu menghadiri majlis fikih dan membawa seorang yang seperti ini (berpakaian selekeh)?" Ibnu Abi menjawab, "Inilah guru kita, Sulaiman Al A'masy." Sulaiman sang Ahli Hadits. Setelah mendapatkan penjelasan dari Ibnu Abi Laila, seluruh peserta majlis menjadi tertunduk malu. Mereka merasa bersalah kerana telah meremehkan sosok Sulaiman yang merupakan ahli hadits, yang telah menghafal kurang lebih 4 ribu hadits. Sulaiman ini hampir tujuh tahun lamanya tidak pernah ketinggalan takbiratul ikhram rakaat pertama dalam shalat berjamaah. Juga beliau ini ada pada posisi terdepan alias shaf pertama dalam shalat berjamaah. Begitu pula dalam hal berwudhu, hampir tak pernah Sulaiman melupakan wudhu jika telah batal wudhunya. Bahkan kalau ia tiba-tiba terbangun dari tidurnya dan tidak sempat mengambil air wudhu, beliau selalu bertayamum. (Diriwayatkan ulama Fudhail bin Iyadh). Nikmat Kubur. Ulama kelahiran Thabaristan ini meninggal dunia pada usia 87 tahun, bulan Rabi'ul Awal tahun 148 hijriyah. Diriwayatkan oleh Jarir. Dia berkata, Setelah kematian SUlaiman, aku pernah melihatnya dalam mimpi, lalu aku bertanya kepadanya, "Wahai Abu Muhammad, bagaimanakah keadaanmu?" Beliau mengatakan, "Kami selamat dengan pengampunan Allah SWT dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam." Rupanya Sulaiman Al A'masy telah mendapatkan nikmat kubur kerana sejumlah amal ibadahnya semasa hidupnya. Dan salah satunya adalah beliau selalu mempertahankan diri dalam keadaan suci. Subhanallah. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring

Thursday 12 April 2012

AYAT 1000 DINAR




Ayat 1000 Dinar Bermaksud : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq) Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja. Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut. Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh. Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala. Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Pantun Orang Malas Solat





Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam siang… Apasal la aku malas sembahyang, Kerja dah best keluarga pun dah senang, negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, takkan 10 minit , Setiap satu waktu aku tak boleh luang... Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang… Apasal la aku malas sembahyang, Main bola aku sanggup sampai petang, Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang Apa la aku ingat masuk syurga bo leh hutang…? Apasal la aku malas sembahyang, Aku kena ingat umur kita bukannya panjang Pagi kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang…. Apasal la aku malas sembahyang siksa neraka cuba la aku bayang, Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Thursday 5 April 2012

Kehidupan







Kehidupan.... Perjalanan penuh harapan, Walau hidup tak selalu bahagia, Jangan kita lupa.... Sedekahkanlah 1 senyuman, Walau hati tidak lagi mampu bertahan, Belajarlah utk memaafkan... Walau diri terasa kelukaan, Berhentilah memberi alasan... Walau ingin menyatakan kebenaran, Hiduplah dlm IMAN... Walau hari disaluti godaan... Jangan lalai...INGATILAH ALLAH SWT sentiasa bersama... Walau dia tidak kelihatan, Bukti kasihNYA... Kita wujud di dunia yg hanya sementara ini... Jangan kita lupa... Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara... Dan yakinlah TUHAN menguji setiap hambanya... Yang mengaku keimanan padaNYA... Jangan terlalu berkhayal utk jadi yg terbaik... Kerana hidup tak semudah itu.... Sedarlah wahai DIRIKU... Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yg hakiki lagi abadi... Moga kelelahan ini dihargai oleh Ilahi... Walau dicemuh INSANI... Sila share...

Intai-intai

get this widget here