【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". ... ...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】
::..Seorang Insan Yang Mengambara Di Bumi Tuhan..::

Thursday, 27 October 2011

Indahnya Bila Mencari Makna

Saya baru sahaja duduk untuk makan tengahari di sebuah restoran apabila lagu Gadis Melayu nyanyian Jamal Abdillah berkumandang di kaca televisyen. Lantas saya memandang Sazli yang sedang menyuap nasi. Walaupun tadi, dia kata dia lapar dan kerana itu saya beri dia peluang menceduk nasi dan makan dahulu, namun kini saya nampak nasi yang disuapnya bagai tersekat di halkum.
"Apa khabar dengan Ayzura?" tanya saya. Sazli hanya menggeleng tanpa memandang wajah saya. Kening saya terangkat kerana sedikit hairan. Sebenarnya lagu Gadis Melayu adalah lagu kesukaan Sazli. Apabila dia berkenalan dengan Ayzura, 'seorang gadis Melayu terakhir' kerana keayuan dan kelembutannya, Sazli semakin kerap menyanyikan lagu itu terutama sekali apabila pulang berdating.
Apabila kami tamat pengajian, saya tahu Sazli dan Ayzura sedang hangat bercinta. Saya gerenti Sazli akan mengahwini 'gadis Melayunya' itu. Dan, bila bertemu Sazli tengahari ini setelah 10 tahun berpisah, soalan saya mengenai Ayzura bila terdengar lagu di TV itu tentulah bertanyakan gadis Melayunya bernama Ayzura yang kini isterinya. Tetapi.
"Gadis Melayu aku tu dah kahwin dengan mat salih!" kata Sazli perlahan sebelum meneguk sirap. Nyata sekali lagu Gadis Melayu sudah menjadi kenangan yang mengusik jiwa Sazli. Jika sebelum ini lagu itu menjadi siulan Sazli kerana kerancakan temponya, kemudian menjadi nyanyian kerana beliau telah menemui gadis Melayunya, kini irama lagu itu umpama duri yang merobek kembali luka di hatinya. Betapa lagu Gadis Melayu itu telah memberi tiga makna kepada Sazli.
Dalam melihat makna kepada sesuatu peristiwa itu, kita juga mempunyai makna yang berbeza bila ia dialami pada waktu yang berlainan. Sambal belacan adalah sejenis makanan yang tidak disukai seseorang sewaktu kecil kerana pedasnya. Apabila meningkat dewasa ia adalah kesukaan pula kerana membuka selera. Kini, sambal belacan menjadi makanan pantang kerana seseorang itu sudah tidak boleh memakannya kerana mengalami alahan resdung.
Makna bagi sesuatu perkara itu boleh juga berbeza daripada seorang kepada seorang yang lain. Umpamanya, hujan itu bermakna bagi petani kerana ia akan menyuburkan tanamannya. Hujan bagi kanak-kanak adalah waktu yang seronok untuk bermain. Hujan bagi kebanyakan daripada kita yang bekerja pula adalah penghalang pergerakan seharian kita.
Soalnya, mengapa kita perlu mencari makna terhadap apa yang kita lalui? Hidup kita yang terlalu tersusun pada hari ini menjadikan kita umpama robot. Lebih tiga suku perkara yang kita lakukan setiap hari adalah perkara yang sama dan berulang. Sejak bangun tidur, bersiap untuk bekerja, bersarapan, bergerak ke tempat kerja, bekerja, makan tengahari, bekerja dan pulang ke rumah adalah pola harian yang kita lalui.
Waktu yang disukat ini menjadi rutin. Rutin pula membolehkan kita melakukan kebanyakan perkara secara automatik menurut pengalaman hari-hari sebelumnya. Ia akhirnya menumpulkan minat terhadap rutin yang dilalui dan akhirnya kehidupan kita menjadi hambar.
Salah satu cara untuk menghidupkan minat terhadap apa yang dilakukan ialah dengan mencari makna baru terhadap apa yang dilakukan. Contohnya, seringkali bila ada trafik jem bila kita nak ke pejabat, fikiran kita akan membuat tafsiran yang biasa berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui. Pertama, kesesakan itu berpunca kerana ada kemalangan, kenderaan rosak atau jalan dibaiki.
Bagaimana pun, tidakkah kesesakan lalulintas itu membawa makna, alangkah bersyukur dan bernasib baiknya kita kerana kalau kita cepat, mungkin kitalah yang berdepan dan menjadi mangsa kemalangan itu. Ataupun, bagus juga kerana tuanpunya kenderaan yang rosak itu mengalaminya di tengah-tengah jalan yang sibuk. Kasihannya kalau kenderaannya rosak di jalan yang sunyi kerana tiada orang yang tahu. Atau, baguslah jalan yang dibaiki akan melancarkan lalulintas pada esok hari.
Makna terhadap sesuatu yang dialami itu, meskipun berulang-ulang, perlu dilihat dari kacamata yang sentiasa berbeza. Dan sebagusnya kita perlu lihat perkara itu daripada sudut positif. Barulah ia kreatif. Tanpa mencari makna baru terhadap apa yang dilakukan, kita akan terikat dengan suasana yang tidak berubah.
-Artikel iluvislam.com

No comments:

Intai-intai

get this widget here