【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". ... ...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】
::..Seorang Insan Yang Mengambara Di Bumi Tuhan..::

Wednesday 15 February 2012

sinopsis cerita naruto.. 555 episod...

hari ni Mierza nak tunjuk sinopsis citer naruto kat sape2 yg dh lupe or baru nak mula start tengok citer naruto ni.. skrg ni ade cerite naruto shippuden, jd naruto dh xde kat tv.. ade kat ytube pom bhse om puteh.. jd, hrg korang boleh lar bace2 kat blog ni.. enj0y ya ! jgn lupe k0men..



Kisah

12 tahun sebelum peristiwa yang menjadi tumpuan dalam siri ini, seekor Musang Syaitan Berekor Sembilan (Kyūbi no Yōko/九尾の妖狐) menyerang kampung Konohagakure atau lebih dikenali sebagai Konoha. Kyūbi merupakan makhluk berekor yang kuat, di mana satu hayunan daripada salah satu ekornya mampu mengakibatkan tsunami dan meratakan gunung-ganang. Ia telah menyebabkan kejadian huru-hara dan mengakibatkan banyak kematian penduduk di kampung Konoha. Naum, kejadian itu terhenti apabila ketua yang memerintah Konoha iaitu Hokage Keempat mengalahkannya. Hokage Keempat telah mengorbankan diri untuk mengurung Kyūbi di dalam badan seorang bayi yang baru lahir. Apabaila jalan cerita semakin berkembang, di dapati bayi tersebut sebenarnya adalah anak kandung Hokage Keempat. Nama bayi tersebut adalah Naruto Uzumaki.

Satu perintah dibuat oleh Hokage Ketiga supaya penduduk kampung lain tidak boleh menyuarakan hal ini lagi, walaupun kepada anak mereka. Walau demikian, penduduk kampung masih mengenepikan Naruto seperti orang luar. Walaupun anak penduduk kampung tidak memahami sebab ibu bapa mereka membenci Naruto, mereka juga melayan Naruto seperti ibu bapa mereka dengan mengikut telunjuk perbuatan ibu bapa mereka. Akibatnya, Naruto membesar sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai kawan dan tidak dihargai. Dia tidak boleh memaksa orang berkawan dengannya, maka dia mencari perhatian dengan satu satunya cara yang dia tahu; melalui tipu helah dan kenakalan. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Akademi Ninja dengan mengunakan Teknik Pembahagi Bayang (多重影分身の術/Kage Bunshin no Jutsu), untuk menyelamatkan gurunya, Umino Iruka, daripada Mizuki.
Naruto mengekalkan satu keseimbangan antara drama dan komedi dengan aksi yang padat. Ia mengikuti perkembangan Naruto dan kawannya sebagai ninja, persahabatan antara mereka dan pengaruh latar belakang mereka terhadap perwatakan mereka. Naruto menjumpai dua kawan rapat dan rakan seperjuangan iaitu Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura, dua genin seumur dengan Naruto dan membentuk Pasukan 7 di bawah bimbingan seorang sensei yang bernama Hatake Kakashi.
Naruto mementingkan perkembangan watak. Hampir kesemua peristiwa yang berlaku disebabkan keputusan, watak dan personaliti, sangat sedikit peristiwa berlaku kerana kebarangkalian rawak. Pada pertamanya, perkembangan watak Naruto, Sasuke dan Sakura. Kemudian, watak lain turut diperkembangkan, seperti Kakashi, Gai, Jiraiya, dan kawan-kawan Naruto yang lain.
Beberapa watak jahat juga muncul. Pertama Orochimaru yang inginkan badan Sasuke sebagai badan barunya, kerana Orochimaru boleh menukar badan. Kedua satu kumpulan yang dikenali sebagai Akatsuki mengejar Naruto, ataupun sebenarnya, musang berekor sembilan yang terkandung dalam Naruto.


Setelah tamat pengajian di Akademi Ninja, para pelatih institusi tersebut menjalani ujian getir yang boleh membawa maut namun menjanjikan kenaikan taraf bagi para pelatih yang berjaya. Para pelatih dibahagikan kepada pasukan bertiga dan setiap pasukan itu di bawah pimpinan seorang guru (Jōnin/上忍, bermaksud "ninja atasan").

Naruto, Sasuke dan Sakura merupakan tiga watak utama tersebut yang berganding bahu membentuk Pasukan 7 dalam ujian ilmu ninja yang amat getir setelah tamat pengajian awal mereka di Akademi Ninja Daun di bawah pimpinan seorang ninja taraf tinggi Jonin bernama Hatake Kakashi.


Kage Bunshin Naruto
Uzumaki Naruto (うずまきナルト) - watak utama siri manga/anime yang dipercayai mempunyai seekor roh musang syaitan berekor sembilan Kyuubi yang dikurung di dalam badannya oleh Hokage ke-4 (Yondaime). Merupakan anak kepada Hokage ke-4 dan seorang ninja wanita yang berasal dari Kampung Peralihan, Uzumaki Kushina. Seorang yang nakal dan lucu tetapi bersemangat tinggi serta tidak mudah mengaku kalah. Anak didik kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Jiraiya (juga guru kepada Hokage ke-4). Haiwan seruannya ialah Gamabunta Raja Segala Katak dan anaknya, Gamakichi.
Uchiha Sasuke (うちはサスケ) - pelajar lelaki yang kacak dan digilai oleh Sakura dan Ino, pada mulanya dipandang oleh Naruto sebagai seorang pesaing tetapi lama-kelamaan menjadi kawan baiknya. Berketurunan Uchiha, hanya dia sahaja yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai oleh abangnya. Sasuke menyimpan dendam terhadap abangnya, Uchiha Itachi. Memiliki teknik mata Sharingan. Anak didik atau lebih kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Orochimaru. Haiwan seruannya adalah Manda, iaitu Raja Segala Ular.
Haruno Sakura (春野サクラ) - gadis yang menjadi tumpuan Naruto dan Rock Lee. Mahir dalam mengawal chakra dan mempunyai tumbukan yang amat kuat. Anak didik kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Tsunade yang telah menjadi Hokage ke-5 (Godaime).
Hatake Kakashi (はたけカカシ) - Jonin yang diamanahkan kepada Pasukan 7 tersebut yang terkenal dengan teknik mata Sharingan (写輪眼) yang membolehkannya menyimpan dalam ingatan teknik ninja lawan yang diperhatikannya. Anak didik Hokage ke-4. Mukanya sentiasa bertutup dan tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali pemilik Ichiraku Ramen dan pembantunya.

Yamanaka Ino (山中いの) - Ino merupakan kawan Haruno Sakura yang pertama dan banyak membantu Sakura membentuk identiti diri, lalu mereka menjadi kawan baik. Tetapi apabila Sakura mula menyukai Uchiha Sasuke yang juga lelaki idaman Ino, dia telah menamatkan hubungan mereka dan menjadi musuh ketat semenjak hari itu untuk mendapatkan perhatian Sasuke. Namun tidak dihiraukan langsung oleh Sasuke. Pertarungannya dengan Sakura dalam Ujian kelayakan Chuunin menunjukkan kekuatan mereka setanding.
Nara Shikamaru (奈良シカマル) - Pada mulanya, Shikamaru merupakan ninja tahap rendah yang malas dan tetapi bijak. Dia berasal dari keluarga yang boleh memanipulasikan bayang. Teknik utamanya ialah "Kagemane no Jutsu" (Teknik Peniruan Bayang). Shikamaru ialah seorang ahli strategi yang bijak dan licik, dan sering bermain Go dan Shōgi dengan gurunya, Sarutobi Asuma tetapi Asuma tidak pernah menang. Asuma berasa pelik kerana markah ujian Shikamaru semasa Akedemi Ninja adalah amat rendah, sedangkan Shikamaru amat tangkas dalam permainan Go dan Shōgi. Justeru, Asuma telah memberi satu ujian IQ kepada Shikamaru, dan terkejut apabila keputusan ujian tersebut telah menunjukkan Shikamaru merupakan seorang genius dengan markah IQ melebihi 200. Hanya kerana Shikamaru malas menjawab soalan dan selalu tidur dalam ujian mahupun kelas, menyebabkan dia mendapat markah rendah dalam ujian. Shikamaru telah lama bersahabat dengan Akimichi Chōji. Kerjasama antara mereka tidak dapat ditandingi. Nyaris menewaskan Temari dalam Ujian Kelayakan Chuunin tetapi akibat kehabisan chakranya, dia telah mengaku kalah. Merupakan Genin pertama dijadikan Chuunin.
Akimichi Choji (秋道チョウジ) - Akimichi Chōji berasal dari puak Akimichi, salah satu dari empat puak penting di Kampung Daun. Sebagai seorang dari puak Akimichi, Choji telah mempelajari teknik rahsia puaknya, iaitu "Baika no Jutsu" ("Teknik Pelbagai Saiz"), dan teknik lain yang berkaitan. Dia dimotivasikan dengan makanan, dan benci apabila orang memanggilnya gemuk. Namum demikian, dia tidak menyembunyikan bahawa dia amat suka makan, dan juga memakai baju yang tertulis "makanan".
Ketiga-tiga watak di atas menjadi sebuah pasukan di bawah pimpinan Sarutobi Asuma.

. Rock Lee (ロック・リー) - merupakan pakar Taijutsu (teknik fizikal) seperti gurunya dan merupakan seorang yang gigih, tidak mudah putus asa dan sentiasa tersenyum. Oleh kerana tidak boleh mengunakan sebarang teknik ninjutsu (teknik ninja) ataupun genjutsu (teknik ilusi), dia sering diketawakan. Oleh itu, dia telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap taijutsu (teknik fizikal) di bawah tunjuk ajar senseinya, Maito Gai. Melalui latihan, dia menjadi amat kuat dalam bidang taijutsu sehingga dibenarkan lulus dalam akedemi ninja. Menaruh hati kepada Sakura dan ingin meningkatkan kekuatannya supaya Sakura akan kagum dengannya. Tewas kepada Gaara semasa Ujian Kelayakan Chuunin dan mendapat kecederaan yang parah, tetapi dapat diselamatkan oleh Psunade dengan risiko cacat seumur hidup. Meniru gaya senseinya dalam segala aspek. Juga merupakan pakar semula jadi dalam Tinju Mabuk, yang hanya akan terjadi apabila dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau mabuk. Pantang meminum arak kerana dia akan mengganas setelah meminumnya.
Hyuga Neji (日向ネジ) - berasal daripada puak Hyūga cawangan atau bawahan yang mahir dalam teknik Mata Putih (Byakugan) berbanding ahli puak cawangan lain. Abang sepupu kepada Hyuga Hinata. Digelar genius kerana rekod tidak pernah kalah melawan musuh, tetapi tewas di tangan Naruto semasa Ujian Kelayakan Chuunin. Seorang yang serius semasa latihan, pendendam dan ingin segala misi pasukan berjalan lancar.
Tenten (テンテン)- merupakan Gennin yang telah lulus akademi ninja setahun lebih awal dari Naruto dan rakan sepasukan Rock Lee dan Hyūga Neji. Dikatakan mempunyai ketepatan yang sempurna dalam melempar senjata ninja. Idolanya adalah Tsunade dan bercita-cita hendak menjadi ninja wanita yang setanding dengannya. Tewas kepada Temari dalam Ujian Kelayakan Chuunin.
Ketiga-tiga watak di atas menjadi sebuah pasukan di bawah pimpinan Maito Gai.

Hyuga Hinata (日向ヒナタ) - seorang gadis yang amat pemalu (terutama dengan Naruto) dan pewaris pertama kepada keluarga utama Hyuga. Hinata merupakan pengguna taijutsu dari kumpulan 8 Yūhi Kurenai. Sebagai ahli keluarga Hyuga, dia mempunyai teknik Byakugan dan pakar dalam Jūken {Tumbukan Lembut}. Adik sepupu kepada Hyuga Neji. Menaruh hati terhadap Naruto dan seringkali pengsan apabila tersua dengan Naruto. Menjadikan Naruto sebagai idolanya kerana ketabahan dan keazaman Naruto yang tidak pernah padam walaupun dia disisihkan oleh orang kampung membuatkan Hinata mahu memajukan dirinya dan membentuk identiti dirinya sendiri. Ayat kegemarannya adalah ' Naruto!! ' (sambil tersipu-sipu).
Inuzuka Kiba (犬塚キバ) - amat mahir dalam teknik penguasaan anjing ninja dan mempunyai deria bau dan pendengaran yang sekuat anjing. Dia ditemani oleh anjing belaannya bernama Akamaru (赤丸). Seorang yang agak kasar namun penyayang dan amat mengambil berat akan keselamatan Akamaru dan rakan-rakannya. Tewas kepada Naruto dalam Ujian Kelayakan Chuunin kerana meremehkan kebolehan Naruto.
Aburame Shino (油女シノ) - mempunyai kebolehan untuk mengawal serangga. Seorang yang sensitif dengan persekitaran. Sentiasa memakai baju yang mempunyai hud yang tinggi dan bercermin mata, menambahkan kemisteriannya terutama kepada sesiapa yang tidak mengenalinya.
Ketiga-tiga watak ini pula digabungkan di bawah pimpinan Yuhi Kurenai.

Gaara (我愛羅) - Merupakan anak ketiga dan termuda oleh Kazekage Ke-4, ketua Kampung Lindungan Pasir. Adik kepada Temari dan Kankuro. Merupakan perumah kepada 'Ichibi' (Musang Satu Ekor) atau Shukaku. Amat membenci ayahnya kerana cubaan membunuhnya semenjak kecil. Disisihkan oleh orang kampungnya kerana dianggap sebagai haiwan sial oleh penduduk kampung sepertimana yang dialami oleh Naruto. Akibat peristiwa yang mana dia nyaris dibunuh oleh bapa saudaranya sendiri, Gaara mula membenci orang di sekelilingnya dan hanya menyayangi dirinya sendiri. Mempunyai kebolehan menggunakan pasir secara menyeluruh kerana pengaruh kuasa Shukaku, memyebabkannya mampu membunuh lawannya dalam masa yang singkat sahaja. Pada permulaannya, dia adalah seorang yang dingin, dahagakan pembunuhan dan tidak menyayangi sesiapa pun. Namun, setelah bertarung dengan Naruto yang sanggup berkorban apa sahaja untuk menyelamatkan orang yang disayanginya dan membuktikan kewujudan dirinya, barulah dia menyedari kesilapannya dan berubah kepada seorang yang mengambil berat dan baik hati. Lantas, menjadikan Naruto sebagai idolanya dan menjadikan impian Naruto sebagai impiannya bersama, malah merasa amat terhutang budi dengannya. Dilantik menjadi Kazekage Ke-5, yang paling muda iaitu pada umur 15 tahun dan menjadi igauan anak gadis kampung kerana wajahnya yang sentiasa tenang dan kacak.
Temari (テマリ) - Anak perempuan kepada Kazekage Ke-4, Temari merupakan kakak dan rakan sepasukan Gaara dan Kankurō. Dia membawa satu kipas besi raksasa di belakangnya yang merupakan senjata utamanya. Pakar dalam pertempuran jarak jauh dan berteraskan angin. Telah menewaskan Ten Ten dengan mudah, tetapi tewas di tangan Shikamaru (yang mengaku kalah pada saat-saat genting) dalam Ujian Kelayakan Chuunin. Seorang yang tegas, agak sombong dan agak garang, namun lembut dan mengalah terutama dengan adik-adiknya.
Kankuro (カンクロウ) - Anak kedua kepada Kazekage Ke-4 yang amat mahir dalam mengawal boneka. Dia telah menyolekkan mukanya dengan solekan kabuki yang boleh ditukar sebanyak tiga kali. Bagi menunjukkan dia adalah dari golongan bangsawan, dia menggunakan warna ungu untuk menyolek mukanya. Seorang yang mudah naik angin, agak sombong dan tidak suka orang lain memandangnya dengan pandangan yang ganjil.
Ketiga-tiga shinobi Pasir ini pada asalnya berada di bawah tunjuk ajar Baki (Pasukan Baki)

Ninja-ninja di Konoha dikenali dan dibezakan melalui pangkat dan tugas.
Jonin - lihat senarai ninja Jonin
Chunin - lihat senarai ninja Chunin
Genin - lihat senarai ninja Genin
Hokage - lihat senarai Hokage
Lain-lain - lihat senarai ninja lain yang tidak terangkum dalam bahagian-bahagian di atas.



Keluarga

Dalam siri anime dan manga Naruto, beberapa buah keluarga yang melahirkan ninja-ninja berkebolehan telah dipaparkan. Malah, terdapat juga beberapa keluarga yang mewarisi kekkei genkai yang menetap di Konoha.
Keluarga Aburame
Keluarga Akimichi
Keluarga Hyuga
Keluarga Inuzuka
Keluarga Kurama
Keluarga Nara
Keluarga Uchiha
Keluarga Yamanaka



Musuh

Momochi Zabuza dan Haku
Orochimaru dan Yakushi Kabuto
Akatsuki
Musuh-musuh Lain



Muzik

Lagu pembukaan
Musim Pertama - ROCKS oleh Hound Dog(Episod 1-26)
Musim Kedua - Haruka Kanata oleh ASIAN KUNG-FU GENERATION(Episod 27-52)
Musim Ketiga - Kanashimi wo Yasashisa Ni oleh little by little(Episod 53-78)
Musim Keempat - GO!!! oleh Flow(Episod 79-104)
Musim Kelima - Seishun Kyoskyoku oleh Sambomaster(Episod 105-130)
Musim Keenam - No Boy, No Cry oleh Stance Punks(Episod 131-156)
Musim Ketujuh - Discord Satellite oleh Snowkel(Episode 157-182)
Musim Kelapan - Remember oleh Flow(Episode 183-208)
Musim Kesembilan - Yura Yura oleh Hearts Grow(Episod 209-220 tamat)



Lagu penutup
Wind - Akeboshi
Harmonia - Rythem
Viva Rock - Orange Range
Alive - Raiko
Ima Made Mando Mo - The Massmissile
Ryuusei - TiA
Mountain A Go Go Two - Captain Stridum
The First Time I Spoke With You - GagagaSP
Nakushita Kotoba - No Regret Life
Speed - Analog Fish
Soba Ni Iru Kara - Amadori



Lagu Pembukaan Naruto: Shippuden
Hero's Come Back!! - Nobodyknows+
Distance - Long Short Party
Closer - Inoue Joe



Lagu Penutup Naruto: Shippuden
Nagareboshi(Shooting Star) - Home Made Kazoku
Michi (to you all) - Aluto


Runut bunyi permainan video
Intro
Main Menu
Character Select
VS
Outside Garden
Ichiraku Ramen
Training Area
Forest of Death
Bridge - Haku
Mist Bridge - Zabuza
You Win
You Lose
Continue
Game Over
Name Entry - Results
Story Mode A
Story Mode B
Story Mode C
Wind



Runut bunyi Filem 1

Legend of Konoha
Konoha Village's Sports Meet
Go Go Sports Meet
I Said That's Enough~
Princess Fuun's Big Adventure
Princess Fuun!? Show Yourself
I'll Protect Her!!
Yukie Fujikaze Here
Premonition of a Snow Storm
Koyuki Kazahana
It's My Job
Actress - Yukie Fujikaze
Assault!
Defensive Stance
Evasion
After the Tragedy
Hexagon Crystal
I Will Never Give Up!
Wake Up! Transforming Fox
Happy End



Lagu tema Filem 1

Home Sweet Home
Gyu-ru-ru



Runut bunyi Filem 2

Sandstorm
Nerugui
The Great Capture Strategy
Battle Introduction
Ruins
Naruto vs Temujin
Two Great Men
Roving Fortress
An Old Dance
Camping
Distant Memories
Mr. Hyde
Caravan
Private Investigation
Audience
Lord of Ideals
Destruction
A Critical Situation
Genjutsu
Gaara vs Ranke
Suna Bunshin
Hand of the Devil
Shikamaru vs Fugai
The Promise to a Dream
Noble Sacrifice
Kahikos Plan
Mural
All-Out War
Light and Shadow
Legendary Strength
Hypocrite
Truth
Face of Evil
Despair
Ruler of Darkness
A Comrade's Support
An Extremely Deadly Technique
Out of Control
Temujin
Bonds
Siren of Hope



Lagu tema Filem 2

Ding! Dong! Dang! Here
Naruto Ondo Here
OH! ENKA!



Sumber

Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Buku Watak Rasmi?)
Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi?)
Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.
that all.. copy paste and what ever dari sini...

No comments:

Intai-intai

get this widget here