【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". ... ...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】
::..Seorang Insan Yang Mengambara Di Bumi Tuhan..::

Thursday 8 March 2012

Apabila Prof Sains Sosial mensyarahkan hadis Rasulullah


Prof Wan adalah seorang profesor dalam bidang Sains Sosial. Subjek yang diajar beliau kepada kami adalah Penyelidikan Sains Sosial SSZK 2003. subjek ini berkaitan metodologi kajian bagi penulisan tesis dan laporan kajian.

Saya sedikit pelik kenapa beliau sering menjadikan orang tua sebagai subjek contoh bagi memberikan penerangan kepada kami. Antara yang sering beliau kemukakan sebagai contoh adalah kajian mengenai faktor kebahagiaan warga emas. Kadang-kadang mengenai pemahaman agama warga emas dan sebagainya.

Beliau menerangkan mengapa beliau begitu tertarik sehingga subjek warga emas dijadikan asas kajian beliau sehingga sekarang.

Kata beliau, "Dunia orang tua adalah dunia yang istimewa, mereka pernah muda seperti kita namun kita belum pasti dapat merasai usia tua seperti mereka. Lagipun dengan mengkaji warga emas ini, saya lebih memahami generasi masa kini."

Sambung beliau, "Antara yang saya sangat tersentuh adalah gejala menghantar emak dan ayah yang sudah tua ke rumah orang tua atau membiarkan mereka hidup sendirian di kampung tanpa sebarang penjagaan yang sebaiknya.

Namun kita tidak boleh terus menghukum si anak sebagai derhaka kerana mesti ada sebab mengapa mereka sanggup berbuat demikian."

Beliau mengunjurkan persoalan kepada kami, "Mengikut pandangan tuan-tuan, apakah faktor anak-anak masa kini tidak 'menjadi'?" disoroti wajah kami satu per satu mengharapkan lontaran buah fikir.

Masing-masing membisu, mungkin sedang bermuhasabah dan mengenangkan untung nasib sendiri andai sempat menginjak usia emas kelak.

"Menurut pemerhatian dan rekod-rekod yang saya ada selepas menjalankan temu ramah kepada mereka, antara soalan yang saya tanya adalah bagaimana hubungan mereka dengan ibu bapa masing-masing dahulu. Kebanyakan daripada mereka menyatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa masing-masing," terang beliau.

Kami terus diam, tekun menadah telinga.
Kemudian beliau berkata, "Menurut pengetahuan saya yang kurang ilmu agama ini, ada hadis soheh Rasulullah yang mengatakan bahawa redha Allah itu ada pada redha kedua ibu bapa. Ini bermakna kalau ibu bapa tidak redha, marah dan terasa hati dengan kita secara automatiknya Allah juga tidak akan memberikan rahmatnya kepada kita."


"Ini sungguh benar. Saya perhatikan orang-orang sekeliling saya khususnya saudara mara dan kawan-kawan. Saya sering mendapati, andai mereka tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa, jarang anak mereka yang 'menjadi'. Malah saya boleh katakan ianya ada tingkatan yang tertentu, sebagai contoh jika mereka itu boleh dikatakan sebagai derhaka kepada ibu bapa mereka makan anak-anak mereka selain daripada menderhaka malah terlibat juga dengan kes dadah serta mungkin sehingga kepada jenayah bunuh, rompak dan sebagainya."

"Bagaimana logiknya sepasang suami isteri yang cukup sederhana, tidak berpendidikan tinggi malah mungkin tidak pandai membaca pun namun anak-anak yang mencapai angka belasan itu semuanya menjadi, menjawat jawatan profesional sehingga menjadi agamawan. Semuanya 'menjadi', tidak tertinggal seorang pun, malah beliau begitu disayangi dan dihormati anak-anaknya. Saya yakin anak-anak mereka tidak akan menghantar orang tua mereka ke rumah orang tuan walau apapun yang berlaku."
Saya lihat wajah kawan-kawan sekelas saya berkerut-kerut, entah sama ada bersetuju atau sedang mengingat kes-kes sama yang mungkin tersimpan dalam memori masing-masing. Kami benar-benar tenggelam dalam muhasabah.

Beliau meneruskan lagi, "Apabila ibu bapa tidak redha kepada kita, bagaimana Allah akan meredhai kita. Justeru tidak peliklah anak-anak kita mungkin terlibat dengan gejala-gejala sosial yang semakin membejat hari demi hari. Memikirkan hal ini benar-benar menyesakkan dada dan minda mereka yang bergelar ibu dan bapa masa kini.

Kita mungkin sahaja sudah memberikan kasih sayang yang secukupnya, ilmu agama yang sebaiknya namun anak-anak ini bukan sentiasa akan berada dalam jagaan kita. Siapa tahu apa yang mereka buat tatkala mereka berada di universiti dan jauh daripada pandangan kita, apatah lagi yang berada nun jauh di luar sana. Kita sebagai ibu bapa tidak lagi mampu menjadi penjaga mereka. Saat itu kepada siapakah yang kita dapat harapkan bagi menjaga anak kita itu?"

Sekali lagi tiada jawapan tuntas daripada kami. Masing-masing lebih selesa melayan rawan masing-masing.

"Allah... hanya Allah yang dapat menjaga hati-hati anak kita ini agar tidak tergerak bagi melakukan perkara-perkara yang salah. Justeru, bagaimana Allah mahu menjaga mereka andai redha-Nya tidak ada bersama kita kerana kita tidak terlebih dahulu mendapatkan redha kedua ibu bapa kita. Kata kuncinya adalah redha kedua ibu bapa".

Bergema dalam minda dan sanubari kami semua pada saat itu, "Redha ibu bapa... adalah redha Allah dan redha Allah adalah kunci kejayaan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat."

Kami benar-benat kekeyangan, selingan syarah hadis berkenaan dengan redha ibu bapa itu benar-benar memberikan kami sesuatu yang bermakna.

Kuliah sepanjang empat jam genap tanpa ada 'take five' itu memberikan satu suntikan keinsafan yang masih hangat hingga saat ini.

- Artikel iluvislam.com

Ditulis oleh Tuan Zahiruddin Zabidi. Beliau adalah kolumnis tetap iluvislam.com. Beliau juga penulis novel sejarah Islam dan penulis novel islami. Beliau banyak menulis di http://kalamkhalifah.com/

No comments:

Intai-intai

get this widget here