【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". ... ...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】
::..Seorang Insan Yang Mengambara Di Bumi Tuhan..::

Thursday 22 March 2012

Masalah perempuan yang selalu sahaja ada masalah dengan kawan perempuan. -----



Soalan: Kawan baik saya selalu tikam belakang saya, fitnah yang bukan-bukan tentang saya. Depan saya mulut manis pijak semut pun mati. Bila saya tahu hal sebenar, kami bergaduh besar. Dia yang bersalah, dia patut minta maaf. Banyak sangat salah dia sampai saya tengok muka dia pun rasa sakit hati. Kalau boleh, saya nak hantar dia ke Kutub Utara biar dia rasa dinginnya hati saya ni skrg. Tapi, dia kawan saya sejak tadika. Apa perlu saya buat sebenarnya?

-----
Jawapan Syabab Musafir Kasih:

Perkara ini sebenarnya mudah sahaja diatasi:-

1. Amalkan konsep, "Yang berlalu, biarkanlah berlalu. Yang di depan biar baik selalu."

2. Berlapang dada. Lupakan saja kisah dia menyakitkan hati anda, anda terasa, dia bersalah, emo sana sini. Tutup sahaja cerita.

3. Berjumpa. Bersemuka. Kelebihan wanita berbanding lelaki. Wanita bila jumpa kawan wanita dapat peluk dan cium kawan wanitanya. Itulah masanya anda meminta maaf dan jangan harapkan dia melafazkan maaf. Minta maaf bukan untuk apa-apa kesalahan. Cuma hanyalah "minta maaf".

4. Jalinkan kembali persahabatan. Buang sahaja di fikiran, "dia salah, aku tak salah." Letakkan di fikiran, "Persahabatan yang berjarak kemudian putus, bukan sunnah Nabi. Aku nak ikut Sunnah, biar apa orang kata."

5. Berdoalah moga hati sentiasa tenang. Hati tenang dari Allah. Bukan dari mana-mana punca. Bukan dari sahabat. Sahabat yang terbaik tiada masa senang, ada masa kita menangis, di sisi waktu kita susah.


---
"Astaghfirullahaladzim."

No comments:

Intai-intai

get this widget here