【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". ... ...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】
::..Seorang Insan Yang Mengambara Di Bumi Tuhan..::

Thursday 19 April 2012

KELEBIHAN- KELEBIHAN MEROKOK~





Menjadikan perokok seorang yang penyabar..
Walaupun batuk-batuk dan tersedak sampai jantung rasa macam mau tercabut, tetapi si perokok tetap akan bersabar dengan keadaannya dan meneruskan aktiviti merokok seperti biasa..

2. Tidak membazir duit..
Duit yang dimiliki oleh perokok tidak akan terbazir begitu saja akibat dicuri pencuri kerana banyak daripada duit tersebut dilaburkan ke dalam pelaburan membeli rokok..

3. Mengawal populasi penduduk dunia..
Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak dengan mati awalnya golongan-golongan perokok..

4. Membuatkan bumi kelihatan hijau..
Tanaman tembakau yang diperlukan untuk membuat rokok dapat menyuburkan lagi bumi dan membuatkan bumi sentiasa kelihatan hijau..

5. Menjadikan perokok awet muda..
Mereka sentiasa akan menjadi muda kerana kebanyakan perokok mati di usia yang muda dan jarang yang hidup sampai ke usia tua..

6. Sikap peramah terbit dalam diri..
Perokok sering merokok di kawasan-kawasan awam dan mereka selalu bersikap peramah dengan memberikan asap rokok percuma kepada semua orang walau pun tidak pernah kenal..

7. Jimat kos ubat nyamuk..
Asap rokok yang dihembuskan boleh diguna untuk menghalau nyamuk-nyamuk daripada menggigit badan perokok tanpa menggunakan ubat nyamuk..

8. Membantu meningkatkan gaji cleaner..
Pakcik-makcik cleaner senang dapat gaji overtime bila sepanjang masa ada saja puntung atau abu rokok yang perlu dibersihkan mereka..

9. Menambah pendapatan para doktor..
Setiap hari pesakit yang disebabkan oleh rokok menjadi semakin bertambah dan ini menambahkan bilangan masa bekerja bagi para doktor seterusnya meningkatkan pendapatan mereka..

10. Membawa orang sekeliling merasai penderitaan..
Keluarga dan rakan-rakan si perokok dapat merasai penderitaan si perokok melalui asap rokok yang merosakkan kesihatan mereka semua..

11. Tidak perlu menghidu bau-bauan di jamban..
Dengan menghisap rokok, perokok tidak akan terhidu bau tahi sebaliknya mereka hanya akan terhidu bau asap rokok dan ini akan memudahkan lagi kerja mereka..

12. Melepaskan stress perokok..
Orang yang menghisap rokok tau mereka akan mati awal dan sebab itulah mereka kembali tenang kerana bila mereka sudah mati sudah tentu mereka tidak akan stress lagi..

p/s= So perokok-perokok sekalian, teruskan merokok.. Hiduplah dengan pantas, matilah dengan cepat ...hehe ♥ ^___^.

No comments:

Intai-intai

get this widget here