【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang : 【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ". ... ...
【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥
【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?
【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】
::..Seorang Insan Yang Mengambara Di Bumi Tuhan..::

Friday, 21 February 2014

Kisah Wanita Tarim ~♥~


Mengenai wanita di kota Tarim Hadramaut, mereka itu jauh berbeza dengan sebahagian besar wanita-wanita muslimah di dunia. Bahkan di wilayah-wilayah lain di kota Hadramaut juga pun sudah banyak yang pudar ketegasan syariahnya.

 Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan ulama, siang dan malam mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan.

 Mereka dibesarkan tidak kenal muzik, tidak kenal kebiadapan, tidak kenal wajah orang fasiq, bahkan para wanitanya tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja.

 Apabila tiba saat mereka menikah, ditanya pada isteri; Bagaimanakah keadaannya saat awal berjumpa? Ia menjawab; Saya bingung, seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain saudara kandung saya, dan sekarang ini ada lelaki asing duduk di kamar saya. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

 ♡♥Keperluan Rumahtangga

 Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila susu habis misalnya, atau beras, atau apa saja barang dan keperluan seharian yang perlu dibeli, mereka tidak berani memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

 ♡♥ Kamar Tidur yang Wangi

 Isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur berbau wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah ditata rapi, indah dan sangat wangi. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya ditata serapi mungkin. Bukankah wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik?

 ♥♡ Marah Wanita Tarim

 Isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama. Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

 ♥♡ Rumahtangga Nabawi

 Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad SAW dalam rumah tangga nabawi yang sulit kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan mereka.Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahil ‘azim.

 Indah nian gambaran para wanita dan lelaki di Kota Tarim. Allah... Sungguh indah bersama mu wahai Kekasih Hati, wahai Penghulu seluruh manusia. Berbahagialah mereka yang berada di jalanmu, yang sentiasa menghidupkan sunnahmu. Sallu ‘alaih.... Semoga Allah SWT menjaga penduduk di kota seribu ulama ini dan kurniakan juga keindahan pekerti seperti itu kepada para wanita dan lelaki muslim di seluruh dunia ini. 

Renungkan juga satu pesan saya pada semua;

 ~♥~ Andai lahirnya seorang anak perempuan itu, biarlah dia menjadi seperti Saidatina Aisyah isteri Rasulullah SAW, kerana dunia masih lagi kekurangan solehah sepertinya..mampukah kita seteguh wanita Tarim?? ~♥~

No comments:

Intai-intai

get this widget here